Friday, April 1, 2011

Program Empire Animax Creativity

TAJUK : Program Empire Animax Creativity
TEMPAT : Makmal dan Studio Animasi Kolej Komuniti Segamat
TARIKH : 9 - 11 FEBUARI 2011 (RABU - JUMAAT)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 Petang.
ANJURAN : Empire Animax Club – Program Multimedia Kreatif (Animasi)
PENGLIBATAN : 33 pelajar dan 10 pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi (SAN)

PENGENALAN
Program Empire Animax Creativity ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memaparkan kreativiti pelajar dalam bidang rekabentuk dan illustrasi. Aktiviti Empire Animax Creativity adalah pelajar dikehendaki membuat lakaran dan rekabentuk mengikut kreativiti mereka di dinding kawasan makmal dan studio animasi. Setiap kawasan makmal dan studio animasi akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Selain daripada itu pelajar dikehendaki mencerikan kawasan yang telah mereka pilih. Pelajar juga akan dibantu oleh semua pensyarah-pensyarah untuk memberi arahan dan tunjuk ajar kepada aktiviti pelajar. Penilaian akan diberikan kepada setiap kumpulan dan rekabentuk kreativiti yang terbaik akan diberikan hadiah.
Program ini secara tidak langsung dapat menceriakan kawasan makmal dan studio animasi dan juga dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar. Melalui program ini juga dapat menambah pengetahuan kepada pelajar dan pensyarah disamping berkongsi maklumat dan teknik untuk memamarkan kreativiti. Disamping itu program ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar Program Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Segamat.

ISI KANDUNGAN

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
9 FEBRUARI 2011 (Rabu)
MASA TENTATIF
8.30 pagi – 9.00 pagi Perasmian Empire Animax Creativity oleh Ketua Program.
9.00 pagi – 10.00 pagi Menyediakan peralatan dan mengemas kawasan.
10.00 pagi – 1.00 petang Aktiviti membuat lakaran dan rekabentuk.
1.00 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 5.00 petang Aktiviti membuat lakaran dan rekabentuk diteruskan.
5.00 petang Aktiviti bersambung esok hari.

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
10 FEBRUARI 2011 (Khamis)
MASA TENTATIF
8.00 pagi – 9.00 pagi Menyediakan peralatan dan mengemas kawasan.
10.00 pagi – 1.00 petang Aktiviti mengecat diteruskan.
1.00 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 5.00 petang Aktiviti mengecat diteruskan.
5.00 petang Aktiviti bersambung esok hari.

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
10 FEBRUARI 2011 (Jumaat)
MASA TENTATIF
8.00 pagi – 9.00 pagi Aktiviti mengecat diteruskan sehingga selesai.
10.00 pagi – 11.00 pagi Penilaian kepada hasil kerja pelajar.
11.00 pagi – 12.30 tengah hari Majlis penutup Empire Animax Creativity.

KESIMPULAN
Program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dari semua pihak amatlah penting bagi menjayakan program ini. Semoga semua pelajar dan pensyarah mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.