Friday, April 1, 2011

Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

TAJUK : Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
TEMPAT :
1) Elite Animation Sdn Bhd
No. 28 - 1, Jalan Jasmin 1/KS6,
Bandar Botanic, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-3326 2644 Fax: +603-3326 2844
email: admin@eliteanime.com.my
2) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang Selangor.
Tel: +603-41041300 Fax: +603-41075216
email: am@finas.gov.my

TARIKH : 22 Febuari 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 Petang.
ANJURAN : Empire Animax Club – Program Multimedia Kreatif (Animasi)
PENGLIBATAN : 33 pelajar dan 6 pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi (SAN)

PENGENALAN
Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Empire Animax Club bagi sesi Januari 2011 dibawah naungan Program Multimedia Kreatif (Animasi).
Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi kepada teknologi-teknologi terkini dalam penerbitan produksi animasi dan produksi penerbitan perfileman. Melalui program ini juga dapat menambah pengetahuan kepada pelajar dan pensyarah dari segi teknik dan cara dalam menghasilkan sesebuah penerbitan. Secara tidak langsung program ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan pendedahan pelajar terhadap bidang-bidang kerjaya yang bakal mereka ceburi selepas tamat pengajian.
Disamping itu program ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar Program Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Segamat.

ISI KANDUNGAN

TENTATIF PROGRAM LAWATAN AKADEMIK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KE KE ELITE ANIMATION SDN BHD & FINAS
- 22 FEBUARI 2011 (SELASA) -
MASA TENTATIF
5.00 pagi - 8.00 pagi Bertolak dari Kolej Komuniti Segamat ke Elite Animation Sdn Bhd.
8.00 pagi - 9.00 pagi Rehat/Sarapan.
9.00 pagi - 9.30 pagi Tiba di Elite Animation Sdn Bhd.
9.30 pagi – 12.30 petang Sesi lawatan di Elite Animation Sdn Bhd.
12.30 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 2.30 petang Bertolak dari Elite Animation Sdn Bhd ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
2.30 petang - 6.00 petang Sesi lawatan di FINAS
6.00 petang – 9.30 malam Bertolak pulang ke Kolej Komuniti Segamat


KESIMPULAN
Program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dari semua pihak amatlah penting bagi menjayakan program ini. Semoga semua pelajar dan pensyarah mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.