Friday, April 1, 2011

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN SENIOR

TAJUK : HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN SENIOR
ANJURAN : HAL EHWAL PELAJAR
TEMPAT : KOLEJ KOMUNTI SEGAMAT
TARIKH : 12 JANUARI 2011
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PTG

Pengenalan
Hari pendaftaran pelajar baru dan senior adalah merupakan aktiviti wajib setiap semester. Setiap pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti wajib mendaftar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Kolej Komuniti Segamat dan berlaku serentak dibeberapa Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan menggunakan sistem iDBMS.
Isi Kandungan
Secara umumnya kebanyakan pelajar datang mendaftar bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Walaupun ramai pelajar mendaftar pada ketika itu, namun tempoh pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Semasa proses pendaftaran dijalankan, pengiring samada ibu, bapa atau penjaga tidak dibenarkan mengiringi pelajar semasa menjalankan proses pendaftaran di bisness centre. Ini adalah kerana untuk melancarkan lagi proses pendaftaran dan agar tidak ada gangguan yang boleh melambatkan proses pendaftaran.
Pada jam 10.30 pagi para tetamu iaitu ibu bapa dijemput menghadiri Taklimat ibubapa yang disampaikan oleh Ketua Jabatan selaku wakil Pengarah untuk menyampaikan maklumat ringkas tentang Kolej Komuniti disamping memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang ada di Kolej. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Kuliah kolej.
Bagi pendaftran pelajar senior pula, pelajar semester empat mula mendaftar jam 8.30 pagi sehingga 10.30 tengahari. Manakala pelajar semester dua mendaftar bermula jam 10.30 petang hingga 12.30 tengah hari. Pendaftaran waktu pagi amat padat, memandangkan pelajar seramai lebih kurang 200 orang pelajar semester dua dan empat datang mendaftar serentak dalam masa yang sama.
Disiplin pelajar amat ditekankan pada waktu pendaftaran, dimana semua pegawai disiplin terlibat memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sebelum mendaftar sebagai pelajar kolej.
Kesimpulan
Hari Pendaftaran Pelajar baru dan senior berjalan lancar hasil kerjasama yang baik diantara kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapa dengan Urusetia dan AJK Pendaftaran yang bertugas.