Friday, April 1, 2011

Lawatan Akademik Program Penyelenggaraan Bangunan

Tajuk : Lawatan Akademik Program Penyelenggaraan Bangunan
Anjuran : Kolej Komuniti Segamat
Tempat : i) Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
Makmal Kerja Raya Malaysia,
IBS Centre 1st Floor, Blok E Lot 8,
Seksyen 91, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.

ii) Mid Valley City Sdn Bhd
Level 31, The Gardens, South Tower,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Tarikh : 27 Januari 2011
Masa : 10.15 Pagi – 5.00 Petang
Penganjur : Program Penyelenggaraan Bangunan
Bilangan peserta : 35 orang (28 Pelajar, 7 Pensyarah)

PENGENALAN

Lawatan akademik para pensyarah serta pelajar Sijil Penyenggaraan Bangunan (SBM) ke Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) diadakan pada 27 Januari 2011. Lawatan ini merupakan anjuran Program Penyelenggaraan Bangunan dan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya bidang penyelidikan dan pembangunan serta kemahiran yang telah diperkenalkan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM). ABM merupakan pusat latihan CIDB Malaysia yang menyediakan pembangunan dan peningkatan kemahiran dikalangan Personel Binaan.

Fokus utama Akademi Binaan Malaysia melibatkan persediaan Personel Binaan dengan:
• kemahiran
• standardisasi
• kebolehan
• kualiti
• produktiviti
Antara lain lawatan ini juga adalah bertujuan membuka minda peserta lawatan berkaitan penubuhan CREAM, iaitu Construction Research Institute of Malaysia atau dalam Bahasa Malaysia ialah Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (IPPM), dimana tumpuan utama adalah untuk menjalankan Projek Penyelidikan berasaskan tema 'Konsep ke Komersialisasi' yang menjadi ciri utama bagi kesemua aktiviti penyelidikannya. Selain itu, tinjauan juga dijalankan di sekitar Bangunan di Mid Valley City Sdn. Bhd. selari dengan kursus Kemasan Bangunan bagi Sijil Modular Kebangsaan yang akan berjalan tidak lama lagi untuk SMK 5 iaitu Kemasan Bangunan. Dengan wujudnya aktiviti ini juga ianya dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah disamping mendapatkan pengetahuan tentang alam pekerjaan sebenar.

KANDUNGAN

TARIKH : 27 JANUARI 2011 (KHAMIS)

MASA TENTATIF
5.30 pagi : Bertolak dari Kolej Komuniti Segamat ke ABM, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
10.15 pagi : Tiba di Construction Research Institue of Malaysia, Kuala Lumpur
10.30 pagi : Taklimat oleh pihak CREAM
11.00 pagi : Lawatan ke Makmal CREAM
1.00 petang : Bertolak dari CREAM ke Mid Valley City Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
1.30 petang : Tiba di Mid Valley City Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
2.30 petang : Lawatan
5.00 petang : Bertolak ke Kolej Komuniti Segamat, Johor
9.00 malam : Tiba di Kolej Komuniti Segamat

KESIMPULAN

Program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang digariskan hasil kerjasama dari semua pihak. Semoga semua peserta mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.