Wednesday, April 6, 2011

Real Madrid, Schalke berpesta gol

MADRID, (AFP) - Real Madrid berpesta gol apabila membelasah Tottenham Hotspurs, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, 4-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-juara yang berlangsung di Santiago Bernabeu.

Dua gol hasil tandukan Emmanuel Adebayor serta gol minit akhir oleh Angel di Maria dan Cristiano Ronaldo memusnahkan pasukan kendalian Harry Redknapp serta memastikan tugas berat buat Spurs dalam perlawanan kedua minggu depan.

Real bermula garang apabila sepakan sudut dari sebelah kanan ditanduk kemas oleh Adebayor ke dalam gawang Spurs, menewaskan penjaga gol Spurs Heurelho Gomes dan derita mereka bertambah apabila Peter Crouch diperintah keluar padang setelah mengasari Marcelo seawal minit ke-15 sekaligus memaksa mereka bertahan di sepanjang perlawanan itu.

Setelah bertahan dengan baik pada separuh masa pertama, Spurs akhirnya tumbang apabila gol kedua Adebayor pada minit ke-57 memusnahkan keyakinan Spurs, membolehkan Angel di Maria menambah jumlah jaringan Real dengan satu gol cantik yang menerjah gawang Spurs pada minit ke-72 untuk gol ketiga Real.

Ronaldo memastikan kelebihan berharga buat pengurus Real, Jose Mourinho apabila menamatkan pesta gol pada minit-minit akhir perlawanan apabila sepakan leretnya gagal ditangkap dengan kemas oleh Gomes.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, juara bertahan Inter Milan dimalukan di laman sendiri apabila dibelasah 5-2 oleh wakil Jerman, Schalke dalam perlawanan penuh drama di San Siro, Milan.

Inter berjaya mendahului permainan sebanyak dua kali namun kerapuhan pertahanan mereka menyaksikan Schalke mudah menjaringkan gol-gol mereka dan masalah Inter bertambah apabila Cristian Chivu dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-62.

Dua gol Inter dijaringkan oleh Dejan Stankovic dan Diego Milito namun jaringan-jaringan oleh Joel Matip, Edu dengan dua gol, Raul serta gol sendiri Andrea Ranocchia memastikan Schalke selesa menanti kunjungan Inter minggu depan.

Friday, April 1, 2011

Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

TAJUK : Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
TEMPAT :
1) Elite Animation Sdn Bhd
No. 28 - 1, Jalan Jasmin 1/KS6,
Bandar Botanic, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603-3326 2644 Fax: +603-3326 2844
email: admin@eliteanime.com.my
2) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Kompleks Studio Merdeka Jalan Hulu Kelang,
68000 Ampang Selangor.
Tel: +603-41041300 Fax: +603-41075216
email: am@finas.gov.my

TARIKH : 22 Febuari 2011 (SELASA)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 Petang.
ANJURAN : Empire Animax Club – Program Multimedia Kreatif (Animasi)
PENGLIBATAN : 33 pelajar dan 6 pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi (SAN)

PENGENALAN
Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Empire Animax Club bagi sesi Januari 2011 dibawah naungan Program Multimedia Kreatif (Animasi).
Program Lawatan Akademik Pelajar Kolej Komuniti Segamat Ke Elite Animation Sdn Bhd & Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi kepada teknologi-teknologi terkini dalam penerbitan produksi animasi dan produksi penerbitan perfileman. Melalui program ini juga dapat menambah pengetahuan kepada pelajar dan pensyarah dari segi teknik dan cara dalam menghasilkan sesebuah penerbitan. Secara tidak langsung program ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan pendedahan pelajar terhadap bidang-bidang kerjaya yang bakal mereka ceburi selepas tamat pengajian.
Disamping itu program ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar Program Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Segamat.

ISI KANDUNGAN

TENTATIF PROGRAM LAWATAN AKADEMIK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KE KE ELITE ANIMATION SDN BHD & FINAS
- 22 FEBUARI 2011 (SELASA) -
MASA TENTATIF
5.00 pagi - 8.00 pagi Bertolak dari Kolej Komuniti Segamat ke Elite Animation Sdn Bhd.
8.00 pagi - 9.00 pagi Rehat/Sarapan.
9.00 pagi - 9.30 pagi Tiba di Elite Animation Sdn Bhd.
9.30 pagi – 12.30 petang Sesi lawatan di Elite Animation Sdn Bhd.
12.30 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 2.30 petang Bertolak dari Elite Animation Sdn Bhd ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
2.30 petang - 6.00 petang Sesi lawatan di FINAS
6.00 petang – 9.30 malam Bertolak pulang ke Kolej Komuniti Segamat


KESIMPULAN
Program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dari semua pihak amatlah penting bagi menjayakan program ini. Semoga semua pelajar dan pensyarah mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.

Kem Kepimpinan Muda Siri 1/2011, Kolej Komuniti Segamat

TAJUK : Kem Kepimpinan Muda Siri 1/2011, Kolej Komuniti Segamat
ANJURAN : Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Kolej Komuniti Segamat
TEMPAT : Melaka Tropical Fruit Farm
TARIKH : 11 Februari 2011 – 13 Februari 2011

BILANGAN PESERTA : 50 orang pelajar daripada JPP, PRS dan semua kelab/persatuan Kolej Komuniti Segamat

8.0 PENGENALAN

Kursus kepimpinan pelajar ini dirangka untuk memberi latihan di kalangan pemimpin pelajar Kolej Komuniti Segamat yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan jawatankuasa persatuan dan kelab. Kursus ini difikirkan perlu untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berkebolehan dalam menguruskan sesuatu persatuan atau program. Antara aspek yang akan ditekankan adalah kemahiran organisasi, kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan pengurusan masa.

9.0 ANJURAN

Penyelaras JPP Kolej Komuniti Segamat dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Segamat.

10.0 OBJEKTIF

i. Melatih dan menerapkan ciri-ciri kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar.

ii. Membina keyakinan diri dikalangan pemimpin pelajar dan menggalakkan mereka mempraktikkan nilai-nilai terpuji kepada diri sendiri dan rakan-rakan berasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan.

11.0 TENTATIF PROGRAM

11 Februari 2011 (Jumaat)

02.15 ptg : Bertolak dari KKS
04.30 pagi : Minum petang
05.30 ptg : Riadah
07.30 mlm : Solat berjemaah
09.00 mlm : Taklimat program dan ice breaking
11.00 mlm : Minum Malam
11.15 mlm : Rehat


12 Februari 2011 (Sabtu)

06.00 pagi : Solat Subuh
07.00 Pagi : Riadah
08.30 pagi : Bengkel 1 (Kemahiran mengurus persatuan)
10.30 pagi : Bengkel 2 (Kemahiran menghasilkan kertas kerja)
01.00 ptg : Rehat
02.30 ptg : Bengkel 3 (Kemahiran Komunikasi)
04.30 pagi : Minum petang
04.45 ptg : Riadah (Kembara)
07.30 mlm : Solat berjemaah
09.00 mlm : Bengkel 4 (Kemahiran mengendalikan mesyuarat)
11.00 mlm : Minum Malam
11.00 mlm : Rehat


13 Februari 2011 (ahad)

06.00 pagi : Solat Subuh
07.00 Pagi : Sarapan
08.00 pagi : Kemahiran kerja berpasukan
11.30 pagi : Rumusan dan majlis penutup
02.00 ptg : Bertolak balik
12.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En Mohd Rohaimi bin Yusof
Penasihat : En Ahmad Bin Sulaiman
Pengarah Program : En Azad Muslim Bin Muhammad
Setiausaha : Cik Hawa Syamsina binti Md Supie
Fasilitator : En Ahmad Bin Sulaiman
En Azad Muslim Bin Muhammad
Pn Nazihan binti Aziziuddin
Cik Nordiana bt Nordin
Cik Nurazrina binti Mohamad Fauzi
Cik Hawa Syamsina binti Md Supie

13.0 PENUTUP

Kem Kepimpinan siri 1/2011 berjalan dengan lancar dan berjaya. Program ini telah mencapai objektif yang digariskan. Kerjasama daripada peserta begitu menggalakkan dan dihargai. Matlamat untuk membentuk identiti pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum tercapai. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Program Empire Animax Creativity

TAJUK : Program Empire Animax Creativity
TEMPAT : Makmal dan Studio Animasi Kolej Komuniti Segamat
TARIKH : 9 - 11 FEBUARI 2011 (RABU - JUMAAT)
MASA : 8.00 pagi - 5.00 Petang.
ANJURAN : Empire Animax Club – Program Multimedia Kreatif (Animasi)
PENGLIBATAN : 33 pelajar dan 10 pensyarah Sijil Multimedia Kreatif Animasi (SAN)

PENGENALAN
Program Empire Animax Creativity ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memaparkan kreativiti pelajar dalam bidang rekabentuk dan illustrasi. Aktiviti Empire Animax Creativity adalah pelajar dikehendaki membuat lakaran dan rekabentuk mengikut kreativiti mereka di dinding kawasan makmal dan studio animasi. Setiap kawasan makmal dan studio animasi akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Selain daripada itu pelajar dikehendaki mencerikan kawasan yang telah mereka pilih. Pelajar juga akan dibantu oleh semua pensyarah-pensyarah untuk memberi arahan dan tunjuk ajar kepada aktiviti pelajar. Penilaian akan diberikan kepada setiap kumpulan dan rekabentuk kreativiti yang terbaik akan diberikan hadiah.
Program ini secara tidak langsung dapat menceriakan kawasan makmal dan studio animasi dan juga dapat mengasah bakat dan kreativiti pelajar. Melalui program ini juga dapat menambah pengetahuan kepada pelajar dan pensyarah disamping berkongsi maklumat dan teknik untuk memamarkan kreativiti. Disamping itu program ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan pensyarah dan pelajar Program Multimedia Kreatif (Animasi) Kolej Komuniti Segamat.

ISI KANDUNGAN

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
9 FEBRUARI 2011 (Rabu)
MASA TENTATIF
8.30 pagi – 9.00 pagi Perasmian Empire Animax Creativity oleh Ketua Program.
9.00 pagi – 10.00 pagi Menyediakan peralatan dan mengemas kawasan.
10.00 pagi – 1.00 petang Aktiviti membuat lakaran dan rekabentuk.
1.00 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 5.00 petang Aktiviti membuat lakaran dan rekabentuk diteruskan.
5.00 petang Aktiviti bersambung esok hari.

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
10 FEBRUARI 2011 (Khamis)
MASA TENTATIF
8.00 pagi – 9.00 pagi Menyediakan peralatan dan mengemas kawasan.
10.00 pagi – 1.00 petang Aktiviti mengecat diteruskan.
1.00 petang – 2.00 petang Rehat/Solat
2.00 petang – 5.00 petang Aktiviti mengecat diteruskan.
5.00 petang Aktiviti bersambung esok hari.

TENTATIF PROGRAM EMPIRE ANIMAX CREATIVITY
10 FEBRUARI 2011 (Jumaat)
MASA TENTATIF
8.00 pagi – 9.00 pagi Aktiviti mengecat diteruskan sehingga selesai.
10.00 pagi – 11.00 pagi Penilaian kepada hasil kerja pelajar.
11.00 pagi – 12.30 tengah hari Majlis penutup Empire Animax Creativity.

KESIMPULAN
Program ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dari semua pihak amatlah penting bagi menjayakan program ini. Semoga semua pelajar dan pensyarah mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.

Pilihanraya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

TAJUK : Pilihanraya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi Januari 2011 Kolej komuniti Segamat
ANJURAN : Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Kolej Komuniti Segamat
TEMPAT : Business Centre, Kolej Komuniti Segamat
TARIKH : 18 Januari 2011 – 08 Februari 2011

BILANGAN PESERTA : Semua pelajar Kolej Komuniti Segamat

1.0 PENGENALAN

Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah satu usaha melahirkan bakal-bakal pelapis kepimpinan bukan sahaja bagi warga kolej bahkan kepimpinan di masa hadapan. Jawatankuasa yang dibentuk adalah daripada kuasa pemilihan pada setiap pelajar Kolej Komuniti Segamat. Pilihanraya ini diharap akan membuka era kepimpinan siswa yang berkaliber dan berkarisma. Calon-calon akan dipilih melalui cadangan pelajar atau para pensyarah kelas menerusi Ketua Program masing masing. Sebanyak 3 buah kerusi umum dan 12 kerusi program yang akan dipertandingkan.

2.0 ANJURAN

Penyelaras JPP Kolej Komuniti Segamat dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Komuniti Segamat.

3.0 OBJEKTIF

a. Mencungkil bakat-bakat kepimpinan dalam diri warga pelajar Kolej Komuniti Segamat.
b. Membina barisan pemimpin pelapis sebagai pemangkin perubahan masa hadapan.
c. Menggerakkan dan menyusun semula kegiatan dan organisasi pelajar.
d. Melahirkan kepimpinan yang berketerampilan, berdisiplin dan prihatin terhadap sumbangan kepada masyarakat.

4.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Program
18 Jan 2011 • Proses menampal poster-poster pemberitahuan Pemilihan JPP Sesi Jan 2011
19 Jan 2011 • Hari penamaan calon.
• Pengumuman rasmi calon bertanding / menang tanpa bertanding.
20 - 24 Jan 2011 • Tempoh berkempen
25 Jan 2011 • Tarikh Pilihanraya Kampus Sesi Jan 2011, Kolej Komuniti Segamat
• Pengumuman rasmi JPP Sesi Jan 2011
25 Jan 2011 • Mesyuarat Pembentukan kabinet JPP
08 Feb 2011 • Majlis penyampaian Watikah Perlantikan Rasmi bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Bagi sesi Jan 2011

5.0 KEPUTUSAN PILIHANRAYA

Bil Nama No Matrik Jawatan
1 Ismail bin Mohd Muslim J01STB09F004 ‘SPEAKER'
2 Abdul Rashid bin Mohamed Mokhtar J01SPS09F013 YANG DIPERTUA
3 Nazihah binti Rosli J01SKS09F017 NAIB YANG DIPERTUA
4 Nurul Huda bt Zainuddin J01SAN09F003 SETIAUSAHA
5 Muhammad Khairi bin Abdullah J01SPS09F026 PENOLONG SETIAUSAHA
6 Ngo Ai Woon J01SAN09F006 EXCO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
7 Ramiza binti Jafar J01SAN10F008 EXCO PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
8 Mohammad Noorsyafiq Naz bin Anas J01STB10F011 EXCO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
9 Mohd Naufal bin Tumpang J01SKS09F022 EXCO PERHUBUNGAN DAN KEMASYARAKATAN
10 Azwin binti Jasman J01SPS10F035 EXCO PEMBANGUNAN INSAN DAN KEROHANIAN
11 Ahmad Helmi bin Majid J01SBM09F003 EXCO PEMBANGUNAN INSAN DAN KEROHANIAN
12 Mohammad Syafiq bin Jalal J01STE09F013 EXCO AKADEMIK DAN KEBAJIKAN
13 Muhammad Faeeq bin Mohd Nasir J01SKS10F031 EXCO AKADEMIK DAN KEBAJIKAN
14 Azhar bin Zulkifli J01STE09F015 EXCO KEUSAHAWANAN
15 Muhd Amin bin Suparnur J01SPS09F003 EXCO KEUSAHAWANAN
16 Mohamad Nizam bin Rosdi J01SBM09F010 EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN
17 Mohd Aliff Hafifi bin Mohd Nordin J01STB10F003 EXCO SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


SURUHANJAYA PILIHANRAYA PELAJAR (SPP)
KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
Bil Jawatan Nama
1. Penaung
EN MOHD ROHAIMI BIN YUSOF
Pengarah Kolej Komuniti Segamat

2. Pengerusi
EN AHMAD BIN SULAIMAN
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (KD)

3. Pengarah Program EN. AZAD MUSLIM BIN MUHAMMAD
4 Setiausaha PN. NORDIANA BT MOHD NORDIN
5. Jawatankuasa Kerja

Penamaan Calon

Ketua-ketua Program
EN AYUBKHAN BIN ABDUL KADIR
EN KHAIRUL ANUAR BIN SELAMAT
PN KARTINI BINTI KAMARULZAMAN
PN. ZURAIDAH BINTI MASHUDI
EN. MOHD AZAHARUDDIN B MOHD NADZRI
TN. SYED ARIES AMEER B. SYED ABD KADIR

Kertas Undi & Poster PN RASHIDAH BT LIP (K)
PN YUSMAWANI BT MOHD YUSOFF

Hari Pengundian & Pengiraan Undi
CIK HAWA SYAMSINA BINTI MD. SUPIE (K)
CIK FARA ELLINA KHAIDZIR
EN. SAMSURI BIN AMAN
PN. EZLINA BINTI MOHAMAD ESA
Kempen,Publisiti & Peralatan
EN. FIRDAUS BIN BACHOK (K)
EN. MOHD NAZRUL EFFENDY BIN MOHD IDRUS

Fotografi & Rakaman Peristiwa EN. ZAFRAN BIN ABU YAZID
Pembentukan Kabinet & Penyampaian Watikah
EN. AZAD MUSLIM BIN MUHAMMAD
CIK NURAZRINA BINTI MOHAMMAD FAUDZI

7.0 PENUTUP

Pilihanraya Kampus Sesi Januari 2011 bagi memilih JPP Kolej Komuniti Segamat ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala objektif yang telah disepakati bersama, tercapai dengan kerjasama dan bantuan daripada semua pihak. Sambutan yang diberikan oleh semua warga kolej amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Lawatan Akademik Program Penyelenggaraan Bangunan

Tajuk : Lawatan Akademik Program Penyelenggaraan Bangunan
Anjuran : Kolej Komuniti Segamat
Tempat : i) Construction Research Institute of Malaysia (CREAM)
Makmal Kerja Raya Malaysia,
IBS Centre 1st Floor, Blok E Lot 8,
Seksyen 91, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.

ii) Mid Valley City Sdn Bhd
Level 31, The Gardens, South Tower,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.

Tarikh : 27 Januari 2011
Masa : 10.15 Pagi – 5.00 Petang
Penganjur : Program Penyelenggaraan Bangunan
Bilangan peserta : 35 orang (28 Pelajar, 7 Pensyarah)

PENGENALAN

Lawatan akademik para pensyarah serta pelajar Sijil Penyenggaraan Bangunan (SBM) ke Construction Research Institute of Malaysia (CREAM) diadakan pada 27 Januari 2011. Lawatan ini merupakan anjuran Program Penyelenggaraan Bangunan dan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pentingnya bidang penyelidikan dan pembangunan serta kemahiran yang telah diperkenalkan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM). ABM merupakan pusat latihan CIDB Malaysia yang menyediakan pembangunan dan peningkatan kemahiran dikalangan Personel Binaan.

Fokus utama Akademi Binaan Malaysia melibatkan persediaan Personel Binaan dengan:
• kemahiran
• standardisasi
• kebolehan
• kualiti
• produktiviti
Antara lain lawatan ini juga adalah bertujuan membuka minda peserta lawatan berkaitan penubuhan CREAM, iaitu Construction Research Institute of Malaysia atau dalam Bahasa Malaysia ialah Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (IPPM), dimana tumpuan utama adalah untuk menjalankan Projek Penyelidikan berasaskan tema 'Konsep ke Komersialisasi' yang menjadi ciri utama bagi kesemua aktiviti penyelidikannya. Selain itu, tinjauan juga dijalankan di sekitar Bangunan di Mid Valley City Sdn. Bhd. selari dengan kursus Kemasan Bangunan bagi Sijil Modular Kebangsaan yang akan berjalan tidak lama lagi untuk SMK 5 iaitu Kemasan Bangunan. Dengan wujudnya aktiviti ini juga ianya dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah disamping mendapatkan pengetahuan tentang alam pekerjaan sebenar.

KANDUNGAN

TARIKH : 27 JANUARI 2011 (KHAMIS)

MASA TENTATIF
5.30 pagi : Bertolak dari Kolej Komuniti Segamat ke ABM, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
10.15 pagi : Tiba di Construction Research Institue of Malaysia, Kuala Lumpur
10.30 pagi : Taklimat oleh pihak CREAM
11.00 pagi : Lawatan ke Makmal CREAM
1.00 petang : Bertolak dari CREAM ke Mid Valley City Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
1.30 petang : Tiba di Mid Valley City Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
2.30 petang : Lawatan
5.00 petang : Bertolak ke Kolej Komuniti Segamat, Johor
9.00 malam : Tiba di Kolej Komuniti Segamat

KESIMPULAN

Program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mencapai objektif yang digariskan hasil kerjasama dari semua pihak. Semoga semua peserta mendapat ilmu dan manfaat yang berguna dari program ini.

HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN SENIOR

TAJUK : HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN SENIOR
ANJURAN : HAL EHWAL PELAJAR
TEMPAT : KOLEJ KOMUNTI SEGAMAT
TARIKH : 12 JANUARI 2011
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PTG

Pengenalan
Hari pendaftaran pelajar baru dan senior adalah merupakan aktiviti wajib setiap semester. Setiap pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti wajib mendaftar pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh Kolej Komuniti Segamat dan berlaku serentak dibeberapa Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan menggunakan sistem iDBMS.
Isi Kandungan
Secara umumnya kebanyakan pelajar datang mendaftar bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Walaupun ramai pelajar mendaftar pada ketika itu, namun tempoh pendaftaran dapat berjalan dengan lancar. Semasa proses pendaftaran dijalankan, pengiring samada ibu, bapa atau penjaga tidak dibenarkan mengiringi pelajar semasa menjalankan proses pendaftaran di bisness centre. Ini adalah kerana untuk melancarkan lagi proses pendaftaran dan agar tidak ada gangguan yang boleh melambatkan proses pendaftaran.
Pada jam 10.30 pagi para tetamu iaitu ibu bapa dijemput menghadiri Taklimat ibubapa yang disampaikan oleh Ketua Jabatan selaku wakil Pengarah untuk menyampaikan maklumat ringkas tentang Kolej Komuniti disamping memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang ada di Kolej. Taklimat tersebut diadakan di Dewan Kuliah kolej.
Bagi pendaftran pelajar senior pula, pelajar semester empat mula mendaftar jam 8.30 pagi sehingga 10.30 tengahari. Manakala pelajar semester dua mendaftar bermula jam 10.30 petang hingga 12.30 tengah hari. Pendaftaran waktu pagi amat padat, memandangkan pelajar seramai lebih kurang 200 orang pelajar semester dua dan empat datang mendaftar serentak dalam masa yang sama.
Disiplin pelajar amat ditekankan pada waktu pendaftaran, dimana semua pegawai disiplin terlibat memastikan semua pelajar mematuhi peraturan sebelum mendaftar sebagai pelajar kolej.
Kesimpulan
Hari Pendaftaran Pelajar baru dan senior berjalan lancar hasil kerjasama yang baik diantara kedua-dua pihak iaitu pelajar dan ibu bapa dengan Urusetia dan AJK Pendaftaran yang bertugas.